Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lo Khere Chiang menyuarakan pendapatnya pada sidang media di Kompleks DUN Sarawak. Foto:Lorenzo Isaac (TVS)

Lo Khere Chiang ingatkan Chong Chieng Jen, tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Stampin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 19 Mei: Sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen gagal memperoleh dana bagi menaik taraf bulatan Batu 15 sebaiknya Ahli Parlimen Stampin itu meletak jawatan.

Teguran ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang itu sebagai maklum balas kenyataan Chong mahu Lo mendapatkan peruntukan berkaitan ekoran Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai penyertaan ramai di dalam Kerajaan Persekutuan.

Membidas situasi itu Lo mengingatkan bahawa, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH)  termasuk wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut  memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Sehubungan itu, kata Lo, Chong hanya memerlukan masa sekitar 20 saat dalam parlimen sebelum ini untuk membincangkan isu saliran dan pengairan di kawasannya.

“Saya juga boleh membawa isu kepada Ahli Parlimen GPS saya, tetapi saya ingin Chong menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Stampin dan membawa isu-isu Stampin ke Parlimen juga,” kata Lo.

Lo mempersoal tentang keberkesanan Chong sebagai Ahli Parlimen jika beliau tidak dapat berkomunikasi secara langsung dengan ahli-ahli PH, menteri kabinet persekutuan, dan timbalan menteri, dan terpaksa meminta bantuan Lo sebagai ADUN untuk berhubung dengan kerajaan perpaduan di Parlimen.

Lo mengingatkan sekali lagi bahawa tugas tersebut merupakan tanggungjawab seorang Ahli Parlimen, bukan ADUN.

“Jika demikian, maka Chong sepatutnya mempertimbangkan untuk meletak jawatan kerana tidak berkomunikasi dengan rakan sejawat dari kerajaan perpaduan beliau di peringkat persekutuan kerana ini tidak akan memberi faedah kepada penduduk di kawasannya,” kata Lo yang juga ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Batu Kitang.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Jumaat.

Menurutnya dapat disaksikan ramai pengguna jalan raya termasuk penduduk Stampin menggunakan bulatan berkenaan kerana terletak tepat di sempadan antara Stampin dan Stakan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru Chong, yang juga ketua DAP Sarawak, agar tidak memberikan alasanberhubung tanggungjawabnya untuk menaik taraf bulatan batu 15 di Parlimen kerana itu merupakan kewajiban dan tugasnya selaku seorang Ahli Parlimen.

“Secara keseluruhannya, banyak nyawa telah terkorban di tempat tersebut. Janganlah berikan alasan dan mengelakkan tanggungjawab. Ahli Parlimen Stampin, laksanakanlah tugas anda demi rakyat,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Lo memberikan respons terhadap kenyataan Chong semalam yang menjelaskan bahawa bulatan batu 15 sebenarnya tidak terletak di dalam kawasan  Stampin dan ia berada dalam bidang kuasa Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan