Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matthew Dominic Barin ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Food Bank di Sarikei, semalam. Foto: TVS

KPDN pelawa penyertaan lebih ramai sektor korporat dalam Program ‘Food Bank’

SARIKEI, 19 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempelawa penyertaan badan korporat, pemain industri sektor pemborongan, peruncitan dan katering serta orang perseorangan untuk menjadi rakan strategik bagi memperkukuhkan lagi penganjuran Program Food Bank Malaysia.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata, program tersebut merupakan usaha penting bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan B40 yang merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Matthew Dominic Barin menyerahkan sumbangan kepada wakil penerima pada Majlis Sumbangan Program Food Bank Malaysia. Foto: TVS

Justeru katanya, sokongan dan penglibatan semua pihak amat penting bagi memastikan penganjurannya mencapai matlamat.

“Kita juga menggalakkan agensi korporat untuk bersama-sama dengan kita menjadi sukarelawan dan memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Setakat ini, pihak korporat sentiasa memberi kerjasama yang padu dengan KPDN,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Bank Makanan di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah mengadakan lima program yang sama di seluruh Sarawak termasuk di Sarikei.

KPDN ujarnya, merupakan agensi peneraju bagi melaksanakan program itu dan bertindak sebagai penyelaras di antara penyumbang dan rakan strategik penggerak.

“Tujuan kita membuat penyerahan bank makanan ini adalah untuk kita membantu golongan B40 menangani masalah kos sara hidup.

“Saya berharap penyerahan bank makanan ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kos sara hidup mereka,” katanya lagi.

Penganjuran program di Sarikei adalah inisiatif bersama di antara Stesen Shell Wong Yuk Siew dan KPDN iaitu Shell menyediakan kaunter kepada mana-mana pihak industri atau individu yang ingin menyumbangkan barang-barang makanan.

Penyerahan sumbangan tersebut melibatkan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Sarikei dan Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti Sarikei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan