Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama rombongan Persatuan Aspirasi Guru Sarawak yang turut diringi Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee pada kunjungan hormat hari ini. Foto: UKAS.

Konvensyen Guru Muda himpun warga pendidik anak Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Mei: Konvensyen Guru Muda anjuran Persatuan Aspirasi Guru Sarawak bakal menghimpunkan warga pendidik kelahiran negeri ini tidak kira di manapun mereka berkhidmat.

Presidennya, Mutalib Kasim berkata konvensyen julung kali itu bakal  melibatkan warga pendidik daripada 30 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negeri.

“Di akhir konvensyen itu nanti, kami akan wujudkan satu kertas cadangan yang bertajuk ‘Pendidikan di Negeri Sarawak Mendepani Cabaran Pasca COVID-19′.

“Kita sama-sama (melalui Konvensyen ini) membantu kerajaan negeri bagaimana untuk menjadi negeri maju serta apakah isu-isu pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Dalam pada itu persatuan tersebut juga merancang untuk membina sebuah makmal sains bersepadu di setiap daerah di Sarawak dan menurutnya cadangan berkenaan telah mendapat sambutan positif daripada Abang Johari.

“Makmal sains bersepadu, Premier sangat berminat.

“Beliau kata nanti kita akan buat satu makmal sains yang ‘common-user’. Tak semua perlu di sekolah, cuma kita perlu buat satu daerah satu makmal,” jelas beliau lagi.

Mutalib mendedahkan lagi pada kunjungan hormat terbabit Abang Johari telah menunjukkan respon positif terhadap semua perancangan yang dirangka persatuan tersebut.

Justeru itu, Mutalib berharap inisiatif pihaknya berupaya membantu sektor pendidikan di negeri ini dalam usaha Sarawak melahirkan modal insan yang cemerlang.

Persatuan Aspirasi Guru Sarawak merupakan persatuan baharu yang mengumpulkan guru-guru di bawah umur 45 tahun dan berasal dari Sarawak, tidak kira di mana mereka berkhidmat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan