Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Vaksinasi Anjing Anti‐Rabies Bahagian Limbang 2023 diadakan 19 dan 20 Mei. Foto hiasan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah gerak inisiatif cegah wabak rabies di Limbang

LIMBANG, 19 Mei: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang (JPBDL) kini mengerakkan pelbagai inisiatif untuk mencegah wabak rabies meskipun bahagian Limbang belum merekodkan kawasan positif rabies.

Pengerusi JPBDL yang juga Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal berkata, persiapan itu perlu sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk mengaktifkan semula rabies sebagai bencana dengan pemantauan diletakkan di bawah jawatankuasa itu.

Katanya meskipun bahagian Limbang belum merekodkan kawasan positif rabies daripada 61 kawasan yang positif wabak itu di Sarawak, langkah berjaga-jaga perlu diambil bersama pihak berkuasa tempat (PBT) dan jabatan veterinar untuk menangani wabak rabies.

“Kita amat menyarankan mereka yang memelihara anjing supaya segeralah pergi ke veterinar untuk mendapatkan vaksin anti-rabies demi keselamatan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penangguhan Kursus Pengukuhan Road Traffic Accident (RTA) Zon Tujuh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Limbang, semalam.

Sementara itu, Program Vaksinasi Anjing Anti‐Rabies Bahagian Limbang 2023 akan diadakan pada 19 hingga 20 Mei ini di Gelanggang Bola Keranjang Batu Biah Limbang bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Suntikan vaksin anti-rabies akan diberikan secara percuma kepada anjing yang berusia tiga bulan dan ke atas, tidak mengandung dan tidak mempunyai simptom demam.

Program ini turut menyediakan khidmat pelesenan anjing dan ‘microchipping’ oleh Majlis Daerah Limbang.

Justeru, orang ramai diminta untuk membawa anjing peliharaan mereka untuk divaksin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan