Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto: TVS

DUN Sarawak: Kerajaan Sarawak tuntut kuasa pentadbiran kesihatan, tambah baik kualiti perkhidmatan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 19 Mei: Kertas Putih Kesihatan yang dikemukakan Kerajaan Sarawak kepada Kementerian Kesihatan menggariskan saranan dan matlamat untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kesihatan menerusi tuntutan kuasa pentadbiran.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata matlamat berkenaan merupakan harapan besar Kerajaan Sarawak agar rakyat di Sarawak menerima perkhidmatan kesihatan berkualiti.

“Ini merupakan harapan besar Kerajaan Sarawak agar rujukan dan saranan yang dikemukakan akan diambil kira oleh Kerajaan Persekutuan bagi mempertingkatkan dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan di negeri ini demi manfaat dan kesejahteraan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Sharifah berkata saranan berkenaan juga bertujuan merapatkan jurang dalam sektor kesihatan dari segi akses, liputan, kualiti dan keselamatan.

“Perkara ini akan dilaksanakan melalui pemerkasaan kuasa eksekutif kepada Kerajaan Sarawak ke atas sektor kesihatan yang membolehkan kerajaan Sarawak mengatasi kelemahan sistem penjagaan kesihatan di Sarawak,” katanya.

Jelas beliau lagi, kuasa eksekutif tersebut termaktub dałam Perkara 80(4) dałam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan supaya kuasa eksekutif sesuatu negeri hendaklah meliputi pentadbiran mana-mana peruntukan tertentu dalam undang-undang persekutuan.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan