Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: UKAS

DUN Sarawak: Fatimah tegaskan DSITKS bukan dokumen kewarganegaraan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 19 Mei: Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan (DSITKS) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan sah selama dua tahun dari tarikh permohonan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata DSITKS bukanlah dokumen kewarganegaraan Malaysia.

“Ia merupakan dokumen sementara yang memudahkan pemegangnya untuk mendapatkan akses kepada pendidikan dan kesihatan di Sarawak sementara permohonan kewarganegaraan mereka sedang diproses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Fatimah juga menyenaraikan syarat permohonan DSITKS, antaranya ialah individu tersebut mestilah berumur 21 tahun ke bawah, lahir di Sarawak dan salah seorang ibu bapa biologinya adalah warganegara Malaysia dan penduduk Sarawak.

“Pemohon juga perlu mempunyai sijil kelahiran yang didaftarkan di Sarawak, status kewarganegaraan tidak ditentukan dan memohon kewarganegaraan Malaysia mengikut Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan