Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN Sarawak: AgriCOP di 59 kawasan, perkasa pertanian moden

ByDouglas Elliot

KUCHING, 19 Mei: Program Jangkauan Komuniti Pertanian atau Agriculture Community Outreach programme (AgriCOP) kini telah diperluaskan di 59 kawasan DUN di Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata sebanyak 496 program AgriCOP telah diadakan di seluruh negeri sejak 2020.

“Program pengembangan anjuran Jabatan Pertanian Sarawak ini mensasarkan sehingga 500 peserta dalam satu-satu masa.

“Program ini bertujuan untuk membangunkan modal insan masyarakat luar bandar, khususnya dalam pertanian moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana pada persidanganDewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), di sini hari ini.

Menurut beliau, program terbabit memberi pendedahan kepada cara pertanian terkini bagi meningkatkan pengeluaran, kualiti hasil dan mempelbagaikan produk-produk pertanian mereka.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman yang menjawab soalan tambahan berhubung langkah-langkah bagi memastikan AgriCOP berkenaan mencapai objektif, beliau berkata satu kajian pasca latihan akan diadakan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan program tersebut.

Susulan mendapat malum balas yang positif dalam lapangan warga tani beliau memberitahu Kerajaan Sarawak akan meneruskan program berkenaan selepas ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan