KUCHING, 18 Mei: Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini meluangkan masa melawat Juma’ani Pavilion, di Vista Tunku, Petra Jaya, di sini.
Ketibaan Wan Azizah kira – kira pukul 11 pagi tadi disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Dalam lawatan itu, Wan Azizah dibawa ke galeri premium dan artisan yang memfokuskan produk esklusif seperti baju, songket dan keringkam yang dihasilkan usahawan tempatan.
Selain itu, beliau juga berkesempatan menyaksikan demonstrasi membuat keringkam oleh pelatih Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan melawat ke ruangan Smart Home SARA-X.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat I, Datuk Rosey Yunus dan Ketua Pgawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd Hussein. -TVS