Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menyertai pertandingan Dara Kenyalang merupakan antara platform yang dipilih Steffy Sharon Saging dalam memperjuangkan isu sekolah di pedalaman. Foto: Dara Kenyalang

Ratu Dara Kenyalang, Steffy giat berjuang isu sekolah di pedalaman

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Mei: Ratu Dara Kenyalang, Steffy Sharon Saging mempertaruhkan nasib pada pertandingan itu sebagai platform permulaannya memperjuangkan isu sekolah di pedalaman.

Menurut gadis berusia 19 tahun itu, kisah orang tuanya yang sukar mendapatkan pendidikan sebelum ini mendorong dirinya untuk membantu kanak-kanak pedalaman mendapat akses pendidikan.

Lebih membanggakan lagi, gadis berhati murni ini telah membina empayar persatuan berkaitan isu berkenaan di bawah pimpinannya.

“Saya suka mendermakan barangan kelengkapan sekolah kanak-kanak seperti beg, kasut dan alat tulis. Namun saya hanya menderma mengikut kemampuan sahaja.

“Childfuture.my ini merupakan persatuan yang saya tubuhkan bagi memperjuangkan isu ini. Ia juga membolehkan orang ramai untuk menyalurkan derma kepada kanak-kanak,” katanya ketika ditemu bual TVS pada Jumaat.

Luah Steffy dalam masa sama, beliau merancang untuk melebarkan lagi sayap kariernya dalam pertandingan ratu cantik selain daripada memperkanalkan lagi persatuan childsfuture.my selepas ini.

Sementara, Naib Juara Dara Kenyalang, Noor Dearie mendedahkan penglibatannya dalam program ratu cantik yang berinspirasikan keligit, kumang dan dayung itu merupakan wadah buah dirinya mengangkat martabat komuniti Bisaya.

“Inspirasi saya dalam penyertaan Dara Kenyalang ini adalah dari komuniti saya sendiri yang sering memberi dorongan dan sokongan kepada saya hingga episod akhir.

“Setelah menamatkan kesemua 13 episod, saya berasa gembira dan saya harap matlamat agar komuniti Bisaya ini dikenali ramai akan tercapai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan