Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan pelancong asing mengunjungi Kuching Food Festival pada tahun lepas. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pelancong Eropah ke Sarawak dijangka meningkat tahun ini

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 Mei: Sektor pelancongan Sarawak dijangka akan menyaksikan kemasukan lebih ramai pelancong dari Eropah pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation, Mark Ferguson berkata, pelancong berkenaan biasanya akan melawat secara berkumpulan dengan memilih pakej penginapan selama tiga hari dua malam.

Baca artikel berkaitan >>> Sarawak rekod RM3.27 bilion resit pelancongan empat bulan pertama 2023

Katanya, mereka juga kadang kala akan menginap lebih lama di sini dan menempah sebanyak lapan hingga 15 bilik.

“Pada Januari hingga Mac lepas, di Damai Beach Resort, kami menguruskan dua kumpulan pelancongan Eropah dari Finland yang memilih untuk menginap selama lapan hari,” katanya ketika dihubungi TVS.

Sementara itu, Mark berkata, pusat peranginan di Sarawak harus tampil dengan idea menarik kepada pelancong.

Katanya antara pakej yang boleh ditawarkan termasuklah perkhidmatan bot yang membawa pelancong menikmati persisir sungai dan menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Hemisphere Corporation juga bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bagi berkongsi maklumat terkini mengenai produk mereka serta mempromosikan Sarawak ke seluruh dunia.

“Pada November 2021, kami mengadakan promosi pelancongan Sarawak di London dan tahun ini di Internationale Tourismus-Borse Berlin (ITB) 2023 pada Mac lepas,” katanya.

Berkenaan usaha syarikat itu, beliau memberitahu antara yang telah dilaksanakan termasuk menaik taraf Riverside Majestic Puteri Wing.

“Kita juga sedang berusaha untuk menyiapkan Damai Lagoon Resort sebagai persediaan Rainforest World Music Festival pada Jun ini,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendededahkan Sarawak mencatatkan resit pelancongan berjumlah RM3.27 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2023.

Beliau juga menjangkakan bahawa jumlah keseluruhan pelancong ke Sarawak pada tahun ini akan melebihi sasaran awal tiga juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan