Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain PDRM FC Muhamad Norfiqrie Abdul Talib (kiri) mengasak Pemain Negeri Sembilan FC Mohamad Zamri Ramli pada saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini. Foto Bernama.

PDRM tewas di laman sendiri, NSFC naik tiga anak tangga

ByBernama

PETALING JAYA, 18 Mei: Hasrat PDRM FC untuk mencipta sensasi di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Rentak kecemerlangan yang diteruskan NSFC menyaksikan skuad K. Devan itu mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 16 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi seimbang, namun skuad Hobin Jang Hobin selaku pelawat terlebih dahulu membolosi gawang PDRM menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-41 yang menerima hantaran cantik daripada Levy Clement Madinda.

Skuad anak didik Azzmi Ab Aziz beberapa kali mendapat peluang, namun buntu mencipta gol untuk menyamakan kedudukan.

Bersambung babak kedua, percaturan demi percaturan dilakukan jurulatih Sang Saka Biru termasuk menukar beberapa pemain membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Amirul Wa’ie Ya’cob pada minit terakhir perlawanan.

Jaringan terbabit bagaimanapun tidak mematahkan semangat NSFC apabila meledak jaringan emas pada minit kecederaan melalui pemain simpanan yang dibawa keluar A. Selvan dan keputusan kekal 1-2 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan terbabit menjadikan PDRM turun satu anak tangga di kedudukan ke-10 dalam carta Liga Super musim ini.

Ahad lepas, NSFC kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan