BELAGA, 18 Mei: Shivau Cruise yang menyelusuri sungai di sini bakal memberi pengalaman baharu kepada pencinta alam semula jadi yang ingin menikmati panorama Tasik Bakun di atas jelatong bergerak berkenaan.
Menjanjikan keterujaan, menurut pengusahanya, Garaham Abo, 53, perjalanan Shivau Cruise sekitar 90 minit dengan kapasiti dua buah enjin sangkut 40 kuasa kuda akan membawa penumpangnya ke destinasi utama iaitu di Air Terjun Belanum.
boleh bergerak hingga ke hulu Tasik Bakun iaitu ke Uma Jumaan, Batu Keling, Long Bulan dan Long Jawih yang merupakan lubuk memancing ikan Semah dan Empurau.
“Bot Shivau Cruise boleh boleh bergerak hingga ke hulu Tasik Bakun iaitu ke Uma Jumaan, Batu Keling, Long Bulan dan Long Jawih yang merupakan lubuk memancing ikan Semah dan Empurau,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.
Menurut Garaham, Shivau Cruise akan bertolak pada jam 9 atau 10 pagi dari jeti utama Bakun ke destinasi yang telah ditetapkan.
“Bagi sesiapa yang menaiki Shivau Cruise, kami ada menyediakan beberapa pakej di mana pelancong akan dibawa ke tempat-tempat yang cukup menarik dan unik untuk dikunjungi.
“Bagi pakej 3 hari 2 malam (makanan sendiri), pakej ini ditawarkan pada RM4,500 dan jika mereka inginkan kita menyediakan makanan sendiri harganya adalah dalam lingkungan RM5,500,” ujarnya.
Jelasnya kesemua pakej atau setiap perjalanan, Shivau Cruise berupaya menampung maksima 15 orang untuk satu perjalanan dalam satu masa.
Malahan, katanya pelancong tidak perlu bimbang kerana pihaknya telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan di dalam Shivau Cruise.
“Selain peralatan memasak, kita juga menyediakan tempat tidur seperti tilam, bantal dan selimut.
“Selain itu, Shivau Cruise dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mandi dan tandas,” katanya.
Di samping itu, Garaham memberitahu, pihaknya juga mengutamakan kebersihan persekitaran di mana tandas khas akan disediakan untuk pengunjung semasa mereka bermandi-manda di Air Terjun Belanum.
“Bagi sesiapa yang menaiki Shivau Cruise, kami ada menyediakan beberapa pakej di mana pelancong akan dibawa ke tempat-tempat yang cukup menarik dan unik untuk dikunjungi.
Jelasnya lanjut, kesemua pakej atau setiap trip, Shivau Cruise boleh menampung maksima 15 orang untuk satu perjalanan dalam satu masa.
Garaham menambah pelbagai aktiviti sampingan boleh diadakan di atas dek Shivau Cruise seperti aktiviti memanggang sambil berkaraoke.
Dalam pada itu, katanya pihaknya juga mengutamakan keselamatan pelanggan di mana jaket keselamatan selain dua buah ‘rescue boat‘ turut disediakan.
Sementara Garaham mendedahkan nama Shivau Cruise, berasal daripada perkataan ‘Shivau’ yang merupakan nama sebuah sungai iaitu Sungai Sibau di Ulu Balui.
Untuk tempahan, mereka yang berminat untuk melancong ke Tasik Bakun boleh menghubungi Garaham di talian 014-7891855 atau Havit Mujah di 013-8627873 dan Kaunselor Mathew Ngo Awing di 019-8880291. -TVS