Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal kargo yang ditahan APMM. Foto: APMM

Kapal kargo batu kelikir ditahan di Tanjung Manis, gagal kemuka Pas Pelepasan Pelabuhan

ByDayu Adruce

KUCHING, 18 Mei: Sebuah kapal kargo dengan muatan batu kelikir telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tanjung Manis, kelmarin berikutan gagal mengemukakan dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan ketika diperiksa.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, bot itu ditahan pada jarak lebih kurang 0.96 batu nautika dari barat laut pantai itu pada pukul 12.12 tengah hari dalam satu operasi berhampiran perairan Muara Rajang.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati kapal kargo berkenaan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan ketika diperiksa oleh Maritim Malaysia.

“Kesemua empat kru lelaki warga asing dan dua orang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 66 tahun, kapal kargo serta muatan lebih kurang 1,200 tan metrik batu kelikir telah diiring ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siatang lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi peraturan undang-undang sebelum melakukan aktiviti laut.

Sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut mohon dilapor secara terus ke talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Tanjung Manis (010-5063293) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan