Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian pengunjung yang diperiksa pada operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Magazine di George Town awal pagi tadi. Foto: TVS

Dua wanita hamil kunjung kelab malam cuba lari ketika serbuan polis

ByTVS

GEORGE TOWN, 18 Mei: Dua wanita hamil antara 49 individu yang cuba melarikan diri ketika polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Magazine, di sini awal pagi tadi.

Pada operasi kira-kira pukul 1.30 pagi itu, sebahagian daripada mereka juga sanggup bersembunyi di tempat tangki air pusat hiburan itu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Kesemua mereka bagaimanapun gagal meloloskan diri apabila polis turut mengepung laluan tikus yang ‘disediakan’ untuk pengunjung melarikan diri sekiranya pusat hiburan itu diserbu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, hasil ujian air kencing mendapati 24 daripada 49 mereka yang berusia 25 hingga 50 tahun didapati positif dadah.

“Dua lelaki warga tempatan turut ditahan kerana menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah selain lima wanita warga asing yang melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan.

“Kita juga menahan dua lelaki dan tiga wanita warga asing kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Soffian, kesemua tangkapan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan