Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke tabika serta taska pada musim panas ini. Gambar hiasan: Envato.

Cuaca panas: KEMAS beri kelonggaran tidak hantar anak ke tabika, taska

ByBernama

BACHOK, 18 Mei: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke tabika serta taska pada musim panas ini, kata Ketua Pengarahnya Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Beliau berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua guru kelas sejak 27 April lepas di bawah Arahan Pentadbiran Bilangan 7 melibatkan tabika dan taska seluruh negara.

Kerajaan sedia isytihar darurat jika cuaca panas melampau

“Arahan ini melibatkan 10,800 tabika dan 550 taska dengan 218,000 kanak-kanak mengikuti pembelajaran di bawah KEMAS seluruh negara.

“Kita juga bersedia mempertimbangkan penutupan terus tabika dan taska sekiranya suhu mencecah 40 darjah Celcius dan ke atas bagi tujuan keselamatan kepada kanak-kanak berkenaan,” katanya selepas Program Jom Masuk Kampung Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Kubang Telaga, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Warisan Bachok Gemilang Datuk Yusri Che Noh dan Pengarah KEMAS Kelantan Hashim Alang Abdul Hamid.

Ahmad Kamal berkata satu garis panduan dibuat kepada guru supaya sentiasa memantau suhu persekitaran iaitu sekiranya 35 hingga 37 darjah Celcius, mereka dibenarkan tidak melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

“Dari segi pengudaraan, kelas tidak ada penyaman udara kalau ada pun tidak mampu menampung keadaan cuaca panas, jadi guru diminta membuka tingkap.

“Kalau tahap suhu 37 hingga 40 darjah Celcius, kita sudah beri arahan dan garis panduan supaya kelas ditutup melibatkan kanak-kanak berusia dua hingga lapan tahun yang belajar di tabika serta taska,” katanya.

Menurutnya pihak KEMAS ada menerima beberapa laporan daripada tabika dan taska di Kelantan, Johor dan negeri lain berhubung situasi cuaca panas, tetapi setakat ini belum ada sebarang kes berkaitan keadaan tersebut.

Katanya jabatan itu akan memantau dari semasa ke semasa dan laporan perlu dibuat secara prosedur termasuk memaklumkan kepada pegawai daerah serta pengarah negeri untuk sebarang kelulusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan