Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan atlet negara pada majlis penyerahan bendera sebelum Sukan Sea Kemboja 2023 bermula, baru-baru ini. Foto fail: Bernama

Sukan SEA: Kontinjen Malaysia menduduki tempat ketujuh, gagal capai sasaran 40 pingat emas

ByBernama

PHNOM PENH, 17 Mei: Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam tadi.

Pada hari semua acara pingat berakhir semalam, pencapaian negara pada edisi ke-32  di sini lebih mengecewakan, malah lebih rendah ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu.

Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan.

Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura.

Baca artikel berkaitan: 
1. Sukan SEA: Kedudukan kontinjen negara mencemaskan

2. Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas

3. Sukan SEA: Kuartet 4x400m tamat kemarau 10 tahun raih pingat

Lebih mengecewakan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja.

Pada saingan hari ini, Malaysia berjaya menambah empat pingat emas menerusi atlet sukan tari, Sam Jee Lek, pasukan hoki lelaki dan wanita serta atlet kick boxing Ahmad Nor Iman Hakim Rakib.

Selepas tamat saingan hari ke-11, Vietnam muncul juara keseluruhan apabila mengutip keseluruhan 136 emas, 105 perak dan 114 gangsa, diikuti Thailand 108-95-108 manakala Indonesia di tempat ketiga 85-81-109.

Tuan rumah Kemboja berada di kedudukan keempat dengan mengutip keseluruhan 81-74-126 manakala Filipina di tempat kelima 58-86-116 sementara Singapura di posisi keenam 51-42-64. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan