Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persiapan dan persediaan sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching pada 20 hingga 26 Mei ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Persiapan sambutan Minggu Perpaduan 2023 berjalan lancar

ByDayu Adruce

KUCHING, 18 Mei: Berbaki hanya dua hari lagi sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching bermula Sabtu ini, 20 hingga 26 Mei menyaksikan persediaan berjalan lancar serta persiapannya mengikut jadual yang ditetapkan.

Tinjauan TVS di lapangan hari ini mendapati kerja-kerja memasang khemah, layar skrin gergasi, pemasangan kerusi dan kerja-kerja membaik pulih persekitaran di kawasan berlangsungnya sambutan itu sedang giat berjalan.

Persiapan dan persediaan sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching pada 20 hingga 26 Mei ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Difahamkan sambutan Minggu Perpaduan di sini akan dimeriahkan lagi dengan pameran daripada pelbagai agensi yang terlibat termasuk pameran Rumah Etnik.

Selain itu, pameran akan menyaksikan beberapa wakil dari Sarawak dan Semenanjung untuk memperagakan pakaian dan makanan kaum masing-masing sepanjang tebingan sungai.

Persiapan dan persediaan sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching pada 20 hingga 26 Mei ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Manakala pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan rakyat Malaysia seperti Unity Run and Ride, gerai jualan Rahmah dan jualan produk usahawan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijangka merasmikan majlis pembukaan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat nasional di Tebingan Kuching, Sarawak pada 21 Mei ini.

Persiapan dan persediaan sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching pada 20 hingga 26 Mei ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Sebelum ini, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Perpaduan Faizal Yusop berkata pemilihan Tebingan Kuching, Sarawak sebagai lokasi sambutan peringkat nasional adalah tepat dengan mengambil kira kepelbagaian serta keunikan etnik yang terdapat di Bumi Kenyalang.

Menurutnya. program itu turut dijalankan di 15 lokasi di seluruh negara pada 25 hingga 28 Mei antaranya Bertam Square, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan Jalan Gambir ke Jalan Main Bazar di hadapan Tebingan Kuching akan ditutup sementara sempena Sambutan Minggu Perpaduan bermula 15 hingga 26 Mei ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan