Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika menerima kunjungan hormat daripada Dato Paduka Mahmud Saidin di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Kerjasama ekonomi, komunikasi dan sosial antara perkara dibincang Brunei dan Sarawak

KUCHING, 17 Mei: Kerjasama dalam sektor ekonomi, komunikasi dan sosial antara perkara utama dibincangkan dengan Kerajaan Sarawak menerusi lawatan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke Malaysia, Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Mahmud Saidin ke Sarawak.

Menurutnya, lawatan seumpama itu adalah antara cara mengeratkan hubungan antara Brunei Darussalam dan Sarawak yang terjalin selama ini demi manfaat bersama.

“Tujuan saya berjumpa dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Sarawak dan Brunei.

“Sarawak dan Brunei mempunyai hubungan dua hala sangat erat. Kita telah membincangkan beberapa perkara mengenai usaha meningkatkan hubungan dua hala antara kedua negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Taib dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi di kediamannya di Demak Jaya di sini, hari ini.

Mahmud bersama delegasinya dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak sejak semalam.

Beliau menyifatkan ia sebagai kunjungan perkenalan selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Brunei Ke Malaysia sejak lebih setahun lalu. 

Pada Selasa, beliau melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan