Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat. Foto: UKAS

DUN Sarawak: Kajian penstrukturan Mahkamah Bumiputera Sarawak akan dibentang di mesyuarat kabinet

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 17 Mei: Hasil kajian mengenai Penstrukturan dan Naik Taraf Mahkamah Bumiputera Sarawak akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet negeri untuk kelulusan untuk pelaksanaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat berkata kajian itu adalah untuk menghasilkan satu pelan induk bagi menstruktur semula dan menaik taraf status Mahkamah Bumiputera Sarawak seterusnya agar setaraf Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. 

“Setiap mahkamah tersebut mempunyai struktur, bidang kuasa dan kuasa masing-masing. 

“Bidang kuasa Mahkamah Bumiputera Sarawak adalah untuk mendengar dan mengadili kes-kes berkaitan pelanggaran adat (breaches of native laws andcustoms) bagi pelbagai komuniti Bumiputra di Sarawak dan kes berkaitan pertikaian ke atas hak milik dan tuntutan pampasan tanah hak milik adat Bumiputra di bawah Kanun Tanah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) John Ilus pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Mahkamah Bumiputera Sarawak adalah sebuah Unit di Jabatan Premier Sarawak yang ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992. 

Sebagai unit di bawah Jabatan Premier Sarawak, Mahkamah Bumiputera Sarawak adalah sebahagian daripada pentadbiran Kerajaan Negeri, jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan