Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

DUN Sarawak: DUN lulus usul cetak semula Perlembagaan Negeri Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 17 Mei: Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) hari ini meluluskan usul Pencetakan Semula Perlembagaan Negeri Sarawak.

Dengan kelulusan usul dibentangkan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dewan Undangan Negeri memberikan kuasa kepada pencetak kerajaan untuk mencetak semula 10,000 salinan Perlembagaan Negeri Sarawak.

DUN lulus usul cetak semula perlembagaan Negeri Sarawak

Beliau berkata kali terakhir Perlembagaan Sarawak dicetak ialah pada 2004 dan terdapat pindaan-pindaan penting dilakukan sejak itu, justeru ia memerlukan pembaharuan.

“Semua salinan perlembagaan yang dicetak telah habis dijual. Ini adalah masa yang sesuai bagi Dewan untuk memberikan kuasa mencetak lebih banyak salinan Perlembagaan Negeri.

“Ini adalah untuk memenuhi permintaan pegawai-pegawai pentadbiran, pegawai-pegawai kehakiman dan undang-undang, profesional undang-undang, dan orang awam di dalam dan di luar negeri, serta komuniti akademik di negara ini,” katanya semasa membentangkan usul berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus Wilson Nyabong Ijang dalam perbahasan menyokong usul, mencadangkan kerajaan Sarawak mencetak semula 20,000 salinan.

“Dengan jumlah tersebut, ia boleh diedarkan ke sekolah, kolej, universiti, dan juga kepada rumah panjang dan kampung.

“Kerajaan juga boleh menghasilkan sebuah buku penerangan ringkas tentang perlembagaan yang dicetak dalam semua bahasa utama di Sarawak supaya dapat difahami dengan mudah oleh komuniti secara meluas,” katanya.

Mengenai cadangan Wilson, Uggah menyatakan dalam ucapan penutupnya bahawa cadangan tersebut akan diambil kira. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan