Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cikgu Anne menunjukkan barang disediakam di 'kedai runcit' di SK Belipat, Lawas. Foto: Twitter Muhammad Nazmi

(VIDEO) Mengapa kedai runcit dibuka guru SK Belipat, Lawas tarik perhatian Menteri Pendidikan

ByNina Azman

KUCHING, 16 Mei: Kaedah unik dalam proses pengajaran iaitu membuka ‘kedai runcit’ untuk murid yang dilakukan oleh seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Belipat, Lawas menarik perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata, idea oleh Anne Sophia Kho itu telah memberi dorongan kepada murid – murid di sekolah berkenaan.

@tvstvmy

Mengapa kedai runcit dibuka guru SK Belipat, Lawas tarik perhatian Menteri Pendidikan. 📹/📸 KPM & Muhammad Nazmi Layari www.tvstv.my & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. #TVS122 #TVSNews #Sarawak #HariGuru #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTiktok

♬ original sound – TVS News – TVS News

“Ketika kita berdepan dengan isu kemiskinan, kedai runcit ini yang dipenuhi dengan hadiah seperti barangan permainan dan alat tulis akan memberi motivasi kepada murid kelas pemulihan supaya hadir ke sekolah.

“Tahniah diucapkan kepada Cikgu Anne kerana daya cipta kedai runcit ini telah mendorong murid -muridnya supaya belajar dengan lebih rajin,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2023 di Melaka semalam.

Cikgu Anne Sophia Kho (dua dari kanan) menerima hadiah disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Melaka semalam. Foto Facebook Anne Sophia.

Sempena majlis itu, Anne Sophia dipilih menerima Anugerah Guru Inspirasi 2023.

Menerusi idea kreatif itu, setiap soalan yang dijawab betul oleh murid akan diberi markah dalam bentuk bilangan bintang.

Murid kemudian boleh menukar jumlah bintang yang dikumpul dengan barangan di kedai runcit itu yang kebanyakannya merupakan mainan serta barangan kelengkapan diri.

Pelbagai barangan disediakan oleh Cikgu Anne di kedai runcit yang boleh ditukar oleh murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Foto Twitter Muhammad Nazmi.

Semalam, Anne Sophia berkongsi perkembangan beliau di Melaka untuk menerima anugerah berkenaan.

“Terima kasih,” tulis guru itu di Facebooknya sambil berkongsi gambar menerima anugerah berkenaan daripada Fadhlina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan