Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick (depan) melakukan gimik mengisi minyak Petrol RON95 ketika merasmikan Stesen Minyak Mini menggunakan Kaedah Portable Container System (PCS) Petronas ROVR. Foto: TVS

SKM Sarawak dan Koperasi Salcra Sarawak Berhad lancarkan stesen minyak mini di Bau

BAU, 16 Mei: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sarawak bersama Koperasi Permodalan Salcra Sarawak Berhad hari ini melancarkan operasi stesen minyak mini untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, operasi berasaskan sistem Kontena Mudah Alih (PCS) itu merupakan yang pertama di Sarawak.

Kata beliau, perniagaan petroleum itu juga diyakini akan merangsang sektor ekonomi lain seperti pertanian dan perkhidmatan.

“Ini juga merupakan penyelesaian kepada masalah kekurangan (bahan bakar) di kawasan ini.

“Melalui perkhidmatan disediakan oleh stesen minyak mini ini, ianya memberi peluang untuk rakyat mendapat perkhidmatan pada kos yang lebih rendah kerana mereka tidak perlu lagi pergi ke Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Stesen Minyak PCS (Petronas ROVS) Koperasi Permodalan Salcra Sarawak Berhad di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Cawangan Sarawak, Liew Liuk Chim dan Pengarah Pejabat KPDN Sarawak, Matthew Dominic.

Sementara itu, beliau memberitahu, kementeriannya sentiasa komited dalam membantu koperasi agar rakyat berpeluang terlibat dalam bidang keusahawanan.

“Kerajaan menerusi SKM juga menyediakan bantuan modal pusingan kepada koperasi termasuk dana pinjaman berjumlah RM100 juta kepada koperasi yang terlibat dengan sektor agromakanan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan