Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ejen pelancongan dari Singapura meneroka Bandaraya Kuching. Foto: Sarawak Tourism Board

Sarawak rekod RM3.27 bilion resit pelancongan empat bulan pertama 2023

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Mei: Sarawak mencatatkan resit pelancongan berjumlah RM3.27 bilion bagi Januari hingga April tahun ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, perolehan itu juga meliputi sebanyak RM930.29 juta yang direkodkan bagi April.

“Berbanding dengan April 2022, kita mencatatkan resit pelancongan sebanyak RM184.04 juta.

“Ini bersamaan dengan kenaikan sebanyak 405.48 peratus.

“Anda boleh lihat impak yang dihasilkan (oleh industri pelancongan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim berkata,  jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Sarawak pada tahun ini dijangka akan melebihi sasaran awal iaitu tiga juta.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahmah Hamzah. Foto TVS.

Katanya, seramai empat juta pelancong dijangka melawat Sarawak menjelang Disember ini.

“Sasaran asal itu akan dapat dicapai seawal September ini berdasarkan trend kemasukan pelawat ke sini,” katanya.

Setakat April 2023, Sarawak mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 1,288, 036 berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya 310,064 pelawat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan