Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis (tengah) bercakap pada sidang media Program Transformasi Ekonomi Digital Sarawak: Pembangunan Bakat dalam Semikonduktor dan Reka Bentuk Cip di Kuching hari ini. Foto: TVS

Sarawak mulakan langkah lahirkan 500 pekerja profesional semikonduktor, pencipta cip

KUCHING, 16 Mei: Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) berhasrat untuk melahirkan 500 pekerja mahir bidang semikonduktor menjelang 2027.

Timbalan Menterinya, Datuk Francis Harden Hollis berkata, perkara itu yakin mampu dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi Digital Sarawak: Pembangunan Bakat dalam Semikonduktor dan Reka Bentuk Cip yang dilancarkan.

Menerusinya beliau memberitahu graduan yang bakal dilatih akan turut diberikan jaminan peluang pekerjaan.

“Usaha ini dirintis berikutan semikonduktor merupakan salah sektor pembuatan dalam Pelan Induk Pembangunan Bakat Negeri yang akan menyumbang kepada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Program ini juga selaras dengan aspirasi PCDS 2030 bagi mencapai 30 peratus tenaga kerja mahir serta melahirkan graduan tempatan berbakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang sidang media Program Transformasi Ekonomi Digital Sarawak: Pembangunan Bakat dalam Semikonduktor dan Reka Bentuk Cip di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Tetap MEITD, Azmi Bujang turut menyeru agar anak Sarawak merebut peluang melibatkan diri dalam industri berkenaan.

Kata beliau, ini dapat dilakukan dengan menguasai subjek Sains dan Matematik dan peluang berkenaan tidak harus dilepaskan memandangkan ianya merupakan indutri baharu yang mempunyai potensi luas di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak melalui Reka Bentuk Mikroelektronik Sarawak (SMD) komited untuk terlibat dalam industri semikonduktor dan reka bentuk cip untuk kegunaan rakyat Sarawak atau dipasarkan di seluruh dunia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan