Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto fail: Bernama.

Geran industri digital terima sambutan menggalakan pemain industri – Fahmi

ByDayu Adruce

KUCHING, 16 Mei: Geran-geran utama industri digital yang dikeluarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerima sambutan yang menggalakkan sejak pemohonannya dibuka baru – baru ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu terbukti apabila lebih 1,000 penggiat industri menyertai sesi taklimat secara maya pada 9 Mei lepas.

Ujar beliau, menerusi inisiatif berkenaan, MDEC menawarkan tiga geran termasuk Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG).

“Lebih 300 soalan dan maklumat berkenaan kriteria kelayakan permohonan geran telah dikemukakan oleh penggiat industri digital yang hadir.

“Permohonan yang terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan pada Jun 2023 manakala keputusan dijangka akan diumumkan pada Julai 2023, tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima,” katanya menerusi kenyataan media di Putrajaya hari ini.


Empat geran digital bernilai RM150 000 hingga RM2 juta disediakan oleh MDEC untuk terbitkan empat bidang kandungan digital iaitu animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif. Foto MDEC.

Sementara itu, Fahmi turut menggesa lebih ramai penggiat industri kreatif tempatan memohon geran-geran yang disediakan bagi memanfaatkan peluang untuk kekal berdaya saing serta menembusi pasaran global.

“Tarikh tutup permohonan geran adalah pada 1 Jun 2023 dan maklumat lanjut boleh didapati di www.mdec.my/grant,” jelasnya.

Tambah Fahmi, DCG 2023 memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital, menyediakan empat cabang geran lain iaitu Geran Projek Mini, Geran Pembangunan, Geran Produksi dan Geran Pemasaran dan Geran Pengkomersialan

“Keempat-empat geran ini bernilai RM150 000 hingga RM2 juta kepada syarikat, perusahaan, syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) yang melibatkan empat bidang kandungan digital iaitu animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan