Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Fadillah zahir penghargaan kepada warga guru

ByTiana Azni

KUCHING, 16 Mei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang meraikan sambutan berkenaan hari ini.

Fadillah berkata, tanpa tunjuk ajar oleh guru, tidak mungkin seseorang itu akan berada di tempatnya seperti hari ini.

Beliau turut memetik sajak Guru oh Guru hasil karya oleh Usman Awang bagi menggambarkan pengorbanan insan yang bergelar guru.

“Terima kasih atas dedikasi, kesungguhan dan kesabaran setiap insan bergelar guru dalam mendidik anak bangsa,” katanya.

Sementara itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut berpesan agar guru tidak mudah berputus asa walaupun tugas mereka sangat mencabar ketika ini.

Hari Guru 2023 disambut meriah oleh warga pendidik di seluruh negara dengan tema Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan