Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menyangka RUU Majlis Kraftangan Sarawak 2023 diluluskan. Credit: Amirah Shawel (TVS)

DUN Sarawak: RUU Majlis Kraftangan Sarawak 2023 diluluskan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Mei: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Kraftangan Sarawak 2023, hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau tidak menyangka RUU itu turut mendapat sokongan wakil rakyat pembangkang.

Lebih menarik kata beliau, RUU berkenaan dibahasakan oleh ramai wakil rakyat.

“Kita dapat melihat betapa pentingnya RUU ini kepada wakil rakyat selain ia dijangka memberi pulangan lumayan kepada rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media selepas hadir Sidang DUN hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, RUU berkenaan akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada Majlis Kraf Sarawak (SCC) bagi memacu industri itu di negeri ini.

Kata beliau, sebelum ini SCC tidak memiliki sebarang ordinan dalam menentukan pelbagai perkara termasuk membabitkan peruntukan kewangan.

“Selama 26 tahun, kita hanya ada majlis kraf.

“Peruntukan dan kakitangan juga terhad sehingga menyukarkan untuk memberikan latihan kepada mereka yang berkemahiran di pedalaman,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan