Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Coldplay & Live Nation

Bagai pisang goreng panas, tiket prajualan konsert Coldplay menerusi CIMB habis dijual

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 Mei: Tiket prajualan konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour’ bagi pemegang kad Bank CIMB habis dijual dalam tempoh beberapa jam hari ini, demikian menurut penganjur acara Live Nation Malaysia.

Live Nation mengumumkan status penjualan tiket dalam talian menerusi IG Story mereka pada 1 tengah hari. Konsert berkenaan akan berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket konsert Coldplay harga RM43,000 keterlaluan – Fahmi

Menurut seorang peminat Coldplay yang hanya ingin dikenali sebagai Ong, dia berasa kecewa kerana gagal membeli sebarang tiket walaupun beratur secara maya seawal 9 pagi untuk menempah tiket konsert kumpulan muzik ternama dari United Kingdom itu.

Bagaimanapun, dia akan berusaha menempah tiket esok apabila tiket dijual selepas prajualan berakhir.

“Saya akan menunggu awal pagi esok memandangkan saya telah menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur,” katanya kepada TVS hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan sistem tiket prajualan untuk pemegang kad CIMB telah rosak.

Ada yang menerima mesej ‘melebihi kadar’ apabila mereka klik pautan ‘Beli Sekarang’ menerusi laman web Go Live Asia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan