Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol. Foto: TVS

Ucapan Abang Johari agar politik stabil dan ekonomi diperkukuh adalah pendirian konsisten beliau dan GPS – Abdullah

BySaibi Gi

KUCHING, 15 Mei: Pembangunan ekonomi baharu dan kestabilan politik yang disentuh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan amat tepat pada masanya, kata Datuk Abdullah Saidol.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) itu berkata ucapan Abang Johari jelas menyeru agar Kerajaan Persekutuan terus berfungsi dengan stabil, efisien dan produktif.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. GPS kekal dalam Kerajaan Perpaduan, fokus usaha pembangunan negara – Abang Johari
  2. 2. Abang Johari gesa Kerajaan Persekutuan fokus ekonomi baharu untuk pacu Malaysia

“Premier membangkit tentang betapa penting sama ada kerajaan negeri dan lebih-lebih lagi Kerajaan Persekutuan agar memberi tumpuan ke arah membaiki dan membina pelbagai sektor ekonomi untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negeri atau negara.

“Seruan Premier adalah kerana beliau tidak mahu negara ketinggalan dari segi daya-saing dalam penstrukturan ekonomi baru dan pembangunan jika dibanding negara-negara jiran yang aggresif dalam pelaksanaan polisi-polisi ekonomi terkini dan pelaburan kewangan yang menjadikan usaha pemulihan ekonomi di negara jiran lebih menarik di mata pelabur asing,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai ucapan Abang Johari pada konvensyen di Kuala Lumpur pada Ahad.

Abdullah berkata lagi, beliau turut mentafsir perkara yang tersirat dalam ucapan Premier tentang harapannya supaya polemik-polemik politik yang meresahkan masyarakat dihentikan demi memastikan agenda-agenda kebajikan dan membina negara dapat dilaksanakan dengan segera. 

“Kerajaan Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar penubuhan Kerajaan Perpaduan ini akan menstabilkan suasana politik dan urusan pentadbiran negara didahulukan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan