Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof pada majlis menandatangani MoU antara LKM dan ANGKASA. Foto: TVS

Lembaga Koko Malaysia sasar perolehan eksport RM8 bilion

ByTVS

KOTA KINABALU, 15 Mei: Pelbagai program di dalam negara dan antarabangsa diperkasakan bagi mempromosi komoditi koko sejajar dengan sasaran perolehan eksport RM8 bilion pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata industri koko dijangka menyumbang lebih banyak perolehan eksport berbanding tahun sebelum ini.

Datuk Seri Fadillah Yusof upacara menandatangani MoU antara LKM dan ANGKSA. Foto: TVS

“Industri koko pada 2022 telah menyumbang sebanyak RM7.82 bilion melalui perolehan eksport iaitu meningkat berbanding RM6.87 bilion pada 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Apresiasi Lembaga Koko Malaysia dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadilah yang juga merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pengeluaran biji koko negara belum mencukupi untuk keperluan negara.

“Program Hab Perdagangan Koko telah dilancarkan pada 2022 bagi memudahkan urusan pengimportan biji koko kering.

“Selain itu, Lembaga Koko Malaysia menggalakkan pengeluaran biji koko premium dan ‘single origin’ yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding biji koko (bulk beans) yang mampu meningkatkan pendapatan petani,” katanya.

Pada majlis itu, Fadilah menyaksikan upcara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara LKM dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Kerjasama strategik tersebut akan membangunkan aktiviti koperasi negara dan membantu meningkatkan pendapatan para ahli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan