Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto: JBPM SABAH

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah pekerja

KALABAKAN, 15 Mei: Seorang lelaki ditemukan rentung dipercayai terperangkap akibat asap tebal dalam kebakaran membabitkan rumah kongsi pekerja di Ladang Brumas di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, dalam kejadian 9 pagi itu mayat mangsa Sofian Aggel Ibrahim, 52, ditemukan di dalam sebuah bilik rumah kongsi berkenaan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kes berkenaan pada 1.50 tengah hari susulan lokasi berkenaan tidak memiliki liputan telefon.

“Sebaik kami menerima panggilan tersebut, sepasukan empat anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 65 kilometer dari Balai Bomba Tawau bagi menjalankan operasi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sejurus tiba dilokasi kejadian pihaknya mendapati satu kebakaran membabitkan satu blok rumah kongsi tujuh pintu jenis tidak kekal yang dihuni oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.

Jemishin berkata, pasukannya menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada 6.31 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan