Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bazar Gawai Sarikei yang menyediakan aneka jualan ini yang menjadi platform penjaja kecil Sarikei mempromosi produk dan meningkatkan sumber pendapatan. Foto: TVS

Bazar Gawai Sarikei beri peluang peniaga pasarkan produk

SARIKEI, 15 Mei: Penganjuran Bazar Gawai di Pasar Sentral Sarikei diteruskan tahun ini susulan sambutan memberangsangkan pada tahun lepas.

Pengerusi Serakup Dagang Dayak Sarawak, Labok Ngirinding berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka.

Katanya, sejak dibuka pada minggu lepas, jualan peniaga di situ menerima sambutan daripada orang ramai yang membuat persiapan menyambut Hari Gawai.

“Ramai pengunjung datang membeli barang di sini.Kami menjual pelbagai jenis makanan antaranya pansuh, ayam lulun, makanan panggang dan sate,” katanya kepada TVS semalam.

Menurut Labok, usahawan yang menyertai bazar berkenaan turut mempelbagaikan jualan mereka apabila ada yang menawarkan pakaian tradisional Iban, pakaian harian, kraf tangan dan kuih tradisional.

Katanya, bazar itu menempatkan sebanyak 55 buah gerai dengan harga yang sangat berpatutan.

Tambah Labok, lokasi strategik bazar itu juga memudahkan orang ramai malah ada pengunjung datang dari Sibu, Bintangor, Julau dan Pakan.

“Aktiviti jualan sebenarnya bermula pada 5 Mei dan berterusan hingga 28 Mei,” katanya.

Ujarnya, penganjur juga akan mengadakan Mantar Gawai pada 27 Mei dan disusuli dengan Majlis Penutupan Bazar Gawai pada keesokan harinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan