Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Asajaya di sini hari ini. Foto TVS.

Projek pembangunan di Asajaya lonjak potensi ekonomi penduduk – Abdul Karim

ASAJAYA, 14 Mei: Projek Waterfront Tambirat Fasa 1 yang siap sepenuhnya diyakini akan memacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memanfaatkan penduduk sekitar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek berkenaan untuk fasa kedua juga akan diteruskan dengan peruntukan lebih RM100 juta.

Kata beliau, selepas siap kelak, prasarana itu akan menempatkan peniaga di tepi jalan dan seterusnya menjadi kawasan tarikan pelancongan baharu.

“Pihak saya telah memohon kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan supaya Waterfront Tambirat Fasa Satu dapat dirasmikan segera.

“Pengunjung dari Kuching boleh datang ke untuk merasai pelbagai makanan tradisi yang dijual dan sedikit sebanyak boleh meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Asajaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo.

Sementara itu, Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya berkata, Kerajaan Sarawak sedang giat melaksanakan pembangunan infrastruktur di kawasan itu dan Samarahan.

Ujarnya, ini termasuklah projek untuk mengatasi masalah banjir.

Kata beliau, projek pembangunan juga melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta jabatan dan agensi tempatan yang lain.

“Kerajaan membina saluran penampan lebihan air Sungai Batang Samarahan dan Sungai Batang Sadong yang sering menyebabkan banjir.

“Selain itu, kita juga sedang melaksanakan projek mitigasi banjir dengan membina terusan besar mengikut saranan diberikan oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Kata Abdul Karim, selepas projek berkenaan siap kelak, ia dijangka dapat mengatasi masalah banjir di kawasan hulu sungai dan pedalaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan