Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg serta Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.Foto Bernama.

Kuasa, kekayaan khazanah negara harus diguna bangun Malaysia – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Kuasa dan kekayaan khazanah negara harus digunakan untuk membangun semula Malaysia agar muncul sebagai gergasi ekonomi baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata ekonomi Malaysia masih berada dalam landasan yang kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku tahun pertama tahun ini, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar.

Baca artikel berkaitan >>>>> Abang Johari gesa Kerajaan Persekutuan fokus ekonomi baharu untuk pacu Malaysia

“Pertumbuhan tersebut adalah antara yang terbaik di rantau ini iaitu sebanyak 5.6 peratus berbanding China pada 4.5 peratus, Indonesia pada 5.0 peratus dan Vietnam pada 3.3 peratus,” beliau berkata demikian semasa amanat perdana di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari ini.

Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata Malaysia turut mencatatkan kadar inflasi yang rendah berjumlah 3.6 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding negara serantau.

Beliau menegaskan kerajaan komited untuk membangunkan semula Malaysia dan membela nasib rakyat dengan kerjasama daripada kabinet bagi menarik lebih banyak pelaburan luar ke dalam negara.

Ia terbukti dengan pelaburan digital berkualiti oleh Amazon Web Services, yang bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion, tambahnya.

Selain itu, kerajaan turut menarik beberapa pelaburan lain termasuk komitment pelaburan RM170.0 bilion dari China, katanya.

“Ini ertinya good governance dan rundingan yang tidak meletakkan komisyen untuk Menteri dan keluarga mereka. Ini maknanya ease and speed of doing business yang harus kita tetapkan agar negara ini muncul semula sebagai gergasi di rantau ini,” kata Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan