Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR mencari warga emas yang hilang di sungai berhampiran Kampung Sungai Labi, Simunjan memasuki hari ketiga hari ini. Foto: BBP Simunjan.

Warga emas hilang di Simunjan masih gagal dikesan

ByNurul Amarlina

KUCHING, 13 Mei: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di sungai berdekatan Kampung Sungai Labi, Simunjan masih belum menemui sebarang petunjuk.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, operasi hari ini bermula pukul 11 pagi tadi menggunakan kaedah pencarian di permukaan.

“Operasi bermula di Pusat Kawalan Bomba sehingga ke hulu Sungai Sadong dan telah dihentikan pada pukul 5 petang tadi,” jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut PGO, SAR untuk mencari Ili Bahayan, 69, yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas akan disambung esok.

Difahamkan ketika kejadian pada pukul 10 pagi, mangsa menggunakan sebuah perahu menuju ke Kampung Sungai Labi, Simunjan.

Operasi melibatkan seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, dua unit K9 JBPM, polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan