Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zika, penyakit bawaan nyamuk, antara gejala jangkitan termasuk demam, ruam, sakit sendi dan otot, sakit kepala dan konjunktivitis. Gambar hiasan: Envato.

Singapura sahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika

ByBernama

SINGAPURA, 13 Mei: Singapura mengesahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika dengan semua kes melibatkan sama ada mereka yang tinggal atau bekerja di Kovan, kawasan yang terletak di bandar Hougang.

“Dua orang berada di rumah dan semakin pulih manakala seorang dirawat di hospital dan stabil. Tiada siapa daripada tiga kes itu hamil,” menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) republik itu dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat.

Zika, penyakit bawaan nyamuk, antara gejala jangkitan termasuk demam, ruam, sakit sendi dan otot, sakit kepala dan konjunktivitis.

Bagaimanapun, ramai yang dijangkiti tidak mengalami gejala.

Walaupun jarang berlaku, jangkitan virus Zika terhadap wanita hamil boleh merencatkan perkembangan otak janin dan mengakibatkan bayi dilahirkan dengan kepala kecil, dikenali ‘microcephaly’.

Sama seperti virus denggi, jangkitan virus Zika disebarkan terutamanya oleh nyamuk Aedes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan