Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Anugerah Anak Sarawak ke-10 semalam. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sarawak kemudi industri acara perniagaan di Malaysia – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 13 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis Sarawak bakal menjadi modal warisan (legacy capital) tunggal bagi industri acara perniagaan di Malaysia khususnya Borneo.

Menurut beliau industri acara perniagaan merupakan antara tunjang utama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Baca artikel berkaitan > > > TVS rangkul Anugerah Kewartawanan Penyiaran di Anugerah Anak Sarawak ke-10

Justeru itu, beliau meyakini bahawa peranan industri acara perniagaan kini adalah untuk memacu industri itu dengan lebih mampan didorong oleh nilai yang terkandung dalam PCDS 2030 berkenaan.

“Impak legasi adalah nilai yang menjangkaui industri acara perniagaan dan merangkumi semua sektor dan industri,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Anak Sarawak ke-10 di sini pada Jumaat.

Ujar Abang Johari, naratif lama yang mengukur kejayaan industri acara perniagaan berasaskan pulangan pelaburan dan nilai ekonomi sebagai tidak relevan.

“Sebaliknya, naratif baharu harus bersandarkan pada objektif dan pengaruh acara industri tersebut terhadap pembangunan sektor dan komuniti, kemampanan alam sekitar malahan sosial.

“Naratif baharu itu akan membuka peluang untuk menarik syarikat dan pelabur asing menjalin kerjasama dengan Sarawak,” katanya sambil menekankan ia sebagai cara strategik untuk merangsang industri yang akan membantu Sarawak menjadi destinasi maju berpendapatan tinggi.

Sarawak bakal jadi modal warisan tunggal Asia.

Sebagai bukti kepada komitmen itu, beliau berkata satu Pelan Tindakan Induk Impak Legasi akan dilancarkan di pameran perdaganga IMEX Frankfurt pada 23 Mei di Jerman.

Inisiatif tersebut kata Abang Johari merupakan pelan tindakan pertama seumpamanya di Asia Tenggara untuk menentukan dan memacu keputusan tentang penganjuran acara perniagaan di Sarawak.

“Kita jangkakan industri acara perniagaan akan menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan dan pembangunan sosial Sarawak,” tambahnya.

Jelas Abang Johari lagi, enam acara perniagaan sektor ekonomi dibawah PCDS 2030 akan dititik berat termasuk sektor pembuatan, perlombongan, pertanian, perhutanan, pelancongan dan perkhidmatan serta sektor digital, inovasi serta tenaga boleh diperbaharui.

Terdahulu, dalam majlis yang sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan bahawa acara perniagaan di Sarawak pada 2022 menyumbang sebanyak RM325.3 juta kepada impak ekonomi negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan