Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Safri menyempurnakan Majlis Penganugerahan Sijil dan Bar Peringatan 100 Tahun Pengakap Sarawak di Limbang. Foto: TVS.

Premier Sarawak realisasikan impian Majlis Pengakap Sarawak dan Pandu Puteri Sarawak bina kem sendiri

LIMBANG, 13 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merealisasikan impian Majlis Pengakap Sarawak dan Pandu Puteri Sarawak untuk memiliki kem sendiri yang bakal dibina di kawasan seluas 12 ekar di Matang, Kuching.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak Dato’ Mohamad Safri Abdillah mendedahkan peruntukan RM12 juta telah disalurkan oleh Abang Johari untuk projek yang akan ditender melalui tender terbuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hujung bulan ini.

 

Mohamad Safri pada Majlis Penganugerahan Sijil dan Bar Peringatan 100 Tahun Pengakap Sarawak di Limbang. Foto: TVS.

Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan tanda sokongan Abang Johari yang juga Ketua Pengakap Sarawak terhadap hala tuju pengakap di negeri ini.

“Alhamdullillah dan terima kasih kami ucapkan kepada Premier Sarawak yang juga merupakan Ketua Pengakap Sarawak yang begitu baik hati memberi dana sebanyak RM12 juta untuk kami menyiapkan kem tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penganugerahan Sijil dan Bar Peringatan 100 Tahun Pengakap Sarawak di Limbang pada Jumaat.

Mohamad Safri menyempurnakan Majlis Penganugerahan Sijil dan Bar Peringatan 100 Tahun Pengakap Sarawak di Limbang. Foto: TVS.

Turut sama ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Limbang Ustaz Abdul Malik Deni.

Mohamad Safri mengakui pembinaan kem berkenaan adalah inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Abang Johari untuk membantu golongan belia di negeri ini.

Katanya kerja pembinaan Kem Pengakap Matang Kuching akan mengambil masa 18 bulan.

“Apabila siap kelak  ia akan digunakan sebagai pusat latihan untuk melatih anak-anak pengakap agar mempunyai sahsiah dan jati diri tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat sepanjang masa.

“Tempoh pembinaan kem tersebut adalah 18 bulan dan selepas 18 bulan pengakap dan juga Pandu Puteri Negeri Sarawak akan mempunyai satu kem latihan yang tersendiri yang tetap kepunyaan kami sendiri.

“Ia akan digunakan untuk melatih terutamanya anak-anak sekolah, pemimpin-pemimpin pengakap dan juga pandu puteri supaya mereka mempunyai satu jati diri yang tinggi, membina sahsiah dan disiplin diantara anak-anak muda terutamanya belia sekolah dan belia-beliawanis di negeri ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan