Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri agensi - agensi Islam Sarawak di sini malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Peningkatan kutipan zakat bukti ekonomi umat Islam semakin meningkat – Abang Johari

ByNazirah Adlina

KUCHING, 13 Mei: Peningkatan kutipan serta serahan zakat kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menunjukkan ekonomi masyarakat Islam di sini semakin meningkat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu dapat dilihat apabila pelbagai agensi tempatan telah menyumbang jumlah zakat yang besar kepada TBS pada tahun ini.

Kata beliau, antaranya termasuk Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) yang telah menyerahkan sumbangan zakat perniagaan melebihi RM2 juta manakala Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang sebanyak RM1 juta.

“Tahun ini kita menerima zakat lebih RM4 juta dalam tempoh satu bulan sahaja,” katanya.

Sebanyak 17 agensi berkaitan agama Islam di Sarawak hadir pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Majlis berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 17 agensi-agensi Islam di Sarawak termasuk Pejabat Majlis Islam Sarawak, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan lain-lain.

Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat Islam di Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS).

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perkembangan positif ekonomi umat Islam menerusi kutipan zakat juga dapat dilihat menerusi peningkatan sebanyak lima hingga 10 peratus pada tahun.

“(Ini) bermakna kalau keadaan ekonomi kita baik, keadaan masyarakat baik, sudah tentu sumbangan zakat pun bertambah,” katanya.

Sementara itu Abang Johari berkata, pemimpin Islam sentiasa mencari jalan untuk menaik taraf kehidupan masyarakat Islam di Sarawak selaras dengan peredaran zaman.

“Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan sudah tentu mempunyai dasar-dasar untuk mengangkat martabat orang Islam termasuk dalam aspek pendidikan dan sosial.

“Ini supaya umat Islam juga turut sama menyumbang ke arah pembangunan Sarawak khasnya dan Malaysia pada amnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan