KARACHI, Pakistan, 13 Mei: Facebook, YouTube dan Twitter tidak boleh diakses di Pakistan hari ini selepas ‘dipulihkan buat sementara waktu’ pada lewat Jumaat, kata seorang pengguna kepada Reuters.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pakistan sebelum ini menggantung perkhidmatan internet di seluruh negara susulan pergolakan yang tercetus.
Langkah itu termasuk menyekat akses kepada Facebook, YouTube dan Twitter pada Selasa, berikutan situasi genting ekoran penahanan bekas Perdana Menteri, Imran Khan oleh agensi antirasuah Pakistan.
Baca artikel berkaitan:Â
- 1. Bekas PM Pakistan ditahan, cetus protes jalanan di seluruh negara
- 2. Krisis Pakistan semakin buruk, tentera akan dikerahkan di Wilayah Punjab
Kesemua media sosial itu boleh diakses semalam namun sekali lagi disekat hari ini. -TVS