Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh wushu kebangsaan, Tan Cheong Min. Foto: Reuters.

Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas

ByBernama

PHNOM PENH, 12 Mei: Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan final Taolu wanita (Nandao + Nangun) di sini, hari ini.

Pada final disiplin Nandao yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.

Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas

Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wushu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa dalam acara Nandao wanita, Rabu lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan