Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyaksikan Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman antara Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Universiti Sunway di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

SFC guna teknologi VTOL pantau kesihatan hutan bakau – Len Talif

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 12 Mei: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) akan menggunakan teknologi dron berlepas dan mendarat menegak (VTOL) termaju untuk mengkaji kesihatan hutan bakau di Taman Tanah Lembap Kuching, kata Datuk Len Talif Salleh.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu berkata, SFC telah memeterai Momerandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sunway untuk memulakan projek itu dengan geran antarabangsa daripada Asia Pacific Telecomunity (APT) yang dibiayai oleh kerajaan Jepun.

SFC guna teknologi dron terkini pantau hutan bakau

“Saya dimaklumkan bahawa dron ini berpotensi merevolusikan usaha pemuliharaan dan perlindungan dengan menempuh jarak yang jauh dan mampu membawa muatan sejauh 1 kilometer (km).

“Keupayaan pengimbasan imejnya akan diuji di kawasan terlindung sepenuhnya di Sarawak, dan kita berharap dapat melihatnya digunakan dalam usaha pemuliharaan kita tidak lama lagi.

“Saya menantikan keputusan ujian dan melihat bagaimana kita boleh bekerja dengan dron untuk membantu memberikan maklumat terperinci yang boleh membantu kita menguruskan kawasan terlindung sepenuhnya,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Menandatangani Momerandum Persefahaman (MoU) antara SFC dan Universiti Sunway di sebuah hotel terkemuka di Kuching, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Jepun di Malaysia mewakili Duta Besar Jepun ke Malaysia, Karimata Atsushi dan Presiden Universiti Sunway, Profesor Sibrandes Poppema.

Len Talif juga mendedahkan teknologi dron tersebut juga boleh digunakan SFC untuk penilaian awal kandungan stok karbon.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan projek berikut, Len Talif mendedahkan projek yang digelar kategori II berkenaan dilaksanakan berdasarkan kejayaan APT kategori I yang dijalankan di Hutan Bakau Rajang.

“Untuk tapak Rajang Delta, ia mengambil masa kira-kira tiga tahun, manakala untuk tapak Ramsar (Kuching), ia akan mengambil masa dua tahun lagi yang bermakna keseluruhan projek selama lima tahun.

“Terdapat banyak kajian berterusan yang akan dijalankan bergantung kepada hasil program ini, “ katanya.

Jelasnya, projek itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak untuk menguruskan sumbernya dan mengekalkan persekitaran atau hutannya dalam keadaan bersih.

Jelasnya lagi, sehingga hari ini, terdapat sekurang-kurangnya 100,000 hektar hutan bakau di Sarawak dengan yang terbesar terletak di kawasan Delta Rajang di Sarikei, diikuti Kuching dan kawasan Lawas di Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan