Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland merakam gambar kenangan bersama warga MEESty pda Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Foto: TVS.

Sarawak kini rujukan Kerajaan Persekutuan, bangunkan industri perdagangan karbon – Dr. Hazland

KUCHING, 12 Mei: Sarawak kini ke hadapan dengan menjadi rujukan kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan industri perdagangan dan penyimpanan karbon di Malaysia, kata Dr. Hazland Abang Hipni.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar berkata perkara itu membanggakan Sarawak selain berhubung kemeteriannya turut berjaya mendapatkan lesen bagi perdagangan dan penyimpanan karbon pada tahun lepas.

Menurutnya sejak kementerian berkenaan ditubuh sekitar 16 bulan lalu pelbagai usaha telah dilaksanakan mengikut saranan Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membangunkan industri tersebut.

“Industri perdagangan karbon adalah sesuatu yang baharu di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan juga kurang memahami mengenai industri ini.

“Saya terpaksa menyertai beberapa seminar dan persidangan berkaitan industri perdagangan dan penyimpanan karbon di beberapa negara hampir setiap bulan kerana Premier Sarawak mahu informasi terkini mengenai industri tersebut disampaikan segera kepada beliau,” katanya.

Dr Hazland berkata demikian pada di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) Bangunan Baitul Makmur 2, Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Abang Johari juga mahu industri perdagangan dan penyimpanan karbon menerusi cukai jualan, perlesenan dan permit sebagai sumber pendapatan baharu negeri ini berjaya menjelang Sarawak maju 2030.

Dr Hazland (tengah) dan Abang Ahmad (kiri) bersama tetamu jemputan menikmati juadah di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MEESty. Foto: TVS.

 

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kementeriannya telah menyerahkan lesen kepada sebuah syarikat berhubung tujuan perdagangan karbon di negeri ini.

“Selain syarikat tersebut, syarikat minyak dan gas PETROS juga telah diberikan lesen oleh kementerian untuk aktiviti penyimpanan karbon,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Alam Sekitar Sarawak Abang Ahmad Abang Morni, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak Zulaihi Mohd Mantali dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak Datuk Abang Wahap Abang Julai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan