Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Perbankan RHB yang diketuai Pengarah Urusan Kumpulan, Mohd Rashid Mohammed (tiga dari kiri). Foto: Aziz Soleh (TVS).

RHB intai peluang kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Mei: Sebagai penasihat utama Kerajaan Sarawak bagi beberapa projek mega, termasuk Petchem, RHB Bank terus mengintai peluang untuk bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai lagi projek pambanguanan di negeri ini.

Hasrat itu, kata Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamed didukung dengan inisiatif pihaknya  mengukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri termasuk komitmen untuk terus mengembangkan operasinya di Sarawak selepas ini.

RHB kukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

“Banyak lagi projek-projek lain termasuk yang berskala kecil namun saya tidak dapat kongsikan sekarang kerana kebanyakannya masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Abang Johari kerana telah menjemput pihak pengurusan RHB Bank untuk berkunjung ke pejabatnya.

Turut hadir Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan, Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pelaburan RHB, Ganesh Sabaratnam dan Pengarah Bahagian Sarawak, Mohammad Tony Ong Abdullah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan