Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Zazuli Johan. Foto TVS

JKDM serah laporan rampasan heroin RM789.56 juta di Australia kepada PM

ByTVS

BUTTERWORTH, 12 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyerahkan laporan berhubung kes rampasan 336 kilogram (kg) dadah jenis heroin dari negara ini oleh pihak berkuasa Australia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata, pihaknya mengemukakan laporan tersebut pada 3 Mei lalu.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya memerlukan kerjasama dan maklumat daripada Pasukan Sempadan Australia (ABF) bagi melengkapkan laporan tersebut.

“Kita sudah hantar (laporan) kepada Perdana Menteri, tetapi masih memerlukan bantuan ABF yang turut memerlukan kebenaran pihak kementerian mereka terlebih dahulu.

“Setakat ini kita juga tidak membuat sebarang tangkapan dan dadah itu dipercayai ditransitkan di negara ini dari sebuah negara di kawasan segitiga emas sebelum dihantar ke Australia,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Perdana Menteri sebelum ini mengarahkan JKDM mengemukakan laporan penuh berkaitan rampasan dadah tersebut yang dibawa dari Pelabuhan Klang di Selangor.

Pada masa sama, beliau turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu melakukan siasatan berhubung kes terbabit.

Pada 10 April lalu, media melaporkan PDRM mengesahkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kg dadah jenis heroin yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lepas.

Dadah berkenaan dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan