Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian rampasan pil ekstasi pada sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. Foto: TVS

1 tan pil ekstasi dalam kontena dari Eropah dirampas

ByTVS

BUTTERWORTH, 12 Mei: Sindiket penyeludupan lebih 1 tan pil ekstasi dianggarkan lebih RM78 juta terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pemeriksaan di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan berkata, operasi kira-kira pukul 9 pagi itu dijalankan pasukan Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang baru tiba.

Hasil pemeriksaan, beliau mendedahkan sebanyak 20 unit ‘ Silent Compressor’ (pemampat senyap piston) ditemui di dalam kontena yang berasal dari sebuah negara di Eropah.

Siasatan mendapati kata Zazuli pil-pil berwarna-warni berkenaan disorokkan di dalam 14 daripada 20 unit kotak pemampat udara yang diletakkan di dalam kontena tersebut.

“Modus operandi sindiket adalah menyembunyikan pil-pil ekstasi di dalam silent compressor (pemampat udara) yang telah diubah suai.

“Apabila tiba di negara ini, sindiket akan membuat pengikraran import barang dagangan yang tidak tepat bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Negeri Pulau Pinang di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, pihaknya turut menahan reman seorang lelaki berusia 48 tahun selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikus Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan