Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan lelaki rakyat Sarawak berusia antara 25 hingga 35 tahun, menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar. Foto: TVS

Wanita rugi lebih RM38,000 selepas cari kerja sambilan di media sosial

SIBU, 11 Mei: Seorang kerani wanita berputih mata menanggung kerugian RM38,206.78 selepas tertarik dengan tawaran iklan kerja atas talian di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian daripada mangsa berusia 30 tahun itu pada Rabu.

“Semuanya bermula pada 9 Mei lalu apabila mangsa melayari laman Facebook dan melihat iklan kerja sambilan sebelum menekan pautan yang disediakan seterusnya menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp.

“Selepas diterima bekerja, wanita itu diminta untuk membuat tempahan hotel menerusi satu laman web dan dijanjikan bayaran berjumlah RM388 untuk setiap lima tempahan yang dibuat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Teruja dengan tawaran itu, menurut Zulkipli mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM38,207.00 melalui 13 transaksi ke lima nombor akaun berbeza.

Zulkipli berkata, mangsa hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila dia tidak menerima sebarang gaji seperti yang dijanjikan.

Sehubungan itu katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan