Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jonathan Nyepa (kanan) bersama kuartert 4x100 lelaki negara selepas berjaya meraih pingat gangsa dalam acara itu di Stadium Nasional Morodok Techo Kemboja semalam. Foto Bernama.

(VIDEO) Jonathan Nyepa puas hati bantu raih pingat 4x100m

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 11 Mei: Pelari pecut negara, Jonathan Nyepa mengakui berasa lega apabila tidak pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA 2023 di Kemboja susulan kejayaan meraih pingat gangsa acara 4×100 meter lelaki petang semalam.

Bekas juara Sukan Malaysia (SUKMA) itu bersama Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Muhammad Haiqal Hanafi menamatkan perlumbaan dengan catatan 39.36 saat untuk menaiki podium.

Jonathan berkata, dia dan rakan sepasukan menyedari saingan sengit bakal ditempuhi mereka sebelum aksi akhir di Stadium Nasional Morodok Techo.

“Pertamanya saya berasa gembira kerana dapat sumbang pingat untuk acara berkenaan.

“Memang saingan sengit dan oleh sebab itu, sebab itu kami fokus sejak awal perlumbaan,” katanya kepada TVS.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh Indonesia yang mencatatkan 39.11 saat manakala kuarter Thailand di tempat kedua dengan 39.13 saat.

Sebelum ini atlet Sarawak itu turut mara ke final acara 200 meter namun gagal meraih pingat apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan 21.310 saat.

Jonathan memberitahu, semalam merupakan acara terakhirnya pada Sukan SEA kali ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan