Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold akan turun beraksi acara 10 meter seirama petang ini. Foto: Reuters

Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun

ByBernama

PHNOM PENH, 11 Mei: Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.

Pencapaian itu sekali gus mengulangi kejayaan negara membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Dalam acara berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Enrique yang julung kali mewakili negara dalam temasya dwitahunan itu, berada di kelas tersendiri apabila mengumpul 442.95 mata selepas enam pusingan bagi menghadiahkan emas ke empat negara dalam sukan terjun.

Lebih manis, Malaysia turut merebut dua podium bagi acara itu selepas seorang lagi penerjun, Bertrand Rhodict Lises meraih pingat perak dengan 384.00 mata.

Gangsa milik penerjun Singapura, Shen Oon Max Lee yang mengutip 362.8 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan