Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Individu yang digigit anjing dinasihatkan segera mencuci luka  dengan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit. Foto: Envato.

Segera cuci luka jika digigit anjing

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Mei: Individu yang digigit, dicakar atau terdedah kepada air liur anjing dinasihatkan segera mencuci luka dengan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Ivan Vun Jan Shui berkata, tindakan itu merupakan langkah awal untuk membendung virus rabies yang terdapat pada air liur haiwan berkenaan.

Elak terkena air liur, gigitan dan cakaran haiwan

Katanya, tindakan itu juga sangat penting kerana jangkitan virus itu boleh membawa maut.

“Virus ini boleh menjangkiti manusia melalui gigitan atau kontak langsung sama ada melalui luka atau lapisan mukosa tubuh.

Baca artikel berkaitan > > > Satu lagi kematian akibat rabies di Sarawak

“Kematian boleh berlaku sekiranya jangkitan merebak ke otak,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai berkongsi langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan oleh orang ramai sekiranya mereka terdedah kepada elemen berkaitan penularan virus rabies.

Semalam Sarawak mencatatkan satu kes kematian terbaharu akibat wabak itu di negeri ini.

Sementara itu, Dr. Ivan menambah antara tanda awal rabies adalah termasuk demam, sakit dan lenguh pada tempat gigitan, kelesuan otot badan dan sakit kepala.

“Apabila virus menyerang sistem saraf pusat, gejala seperti keresahan, kegelisahan, perubahan sikap secara tiba-tiba, ketakutan terhadap air (hydrophobia), insomnia dan lumpuh bakal berlaku,” katanya.

Menurutnya, individu yang terdedah kepada virus itu perlu mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

Pesakit juga perlu memastikan menerima vaksin anti-rabies yang lengkap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan